Produk kulit main sapu je? Cuba tips ini.

Produk-produk penjagaan kulit dan kosmetik begitu sinonim dengan kehidupan seharian kita. Pasti ada diantara kita yang sudah membeli pelbagai jenis produk penjagaan kulit, namun tidak semua dapat kesan yang diinginkan. Malah, kulit muka menjadi semakin bermasalah. Contohnya, jeragat semakin menebal, jerawat tumbuh dengan banyaknya dan juga pori-pori kulit tersumbat. Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini?

Jika pernah, anda perlu kenal pasti apakah faktor-faktor yang menyebabkan masalah itu terjadi. Mungkin anda telah memilih produk yang tidak sesuai dengan kulit muka dan mungkin juga cara penggunaan produk tidak dilakukan dengan betul. Kali ini, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut urutan menggunakan produk-produk penjagaan kulit yang betul. Jom ikuti perkongsian kami.

Pencuci Muka (Facial Cleanser)
Pencuci muka adalah penting bagi memastikan kulit muka bersih daripada segala minyak dan kotoran kesan daripada pendedahan akan persekitaran serta udara yang tidak bersih. Penggunaan pencuci muka yang betul juga akan menyingkirkan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit. Untuk individu yang memakai make-up, gunakanlah make-up remover sebelum mencuci muka. Salah satu cara yang berkesan untuk mencuci muka adalah teknik double cleansing iaitu mencuci muka dengan pencuci berasaskan minyak terlebih dahulu diikuti pencuci berasaskan air. Pasti anda akan merasa kulit muka anda lebih bersih. Percayalah!

Air sejuk atau air suam untuk mencuci muka? Tahukah anda, kedua-duanya mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Penggunaan air suam semasa mencuci muka akan menyingkirkan sel-sel yang tidak diperlukan di atas kulit dan membuatkan pori-pori wajah terbuka. Manakala, penggunaan air sejuk pula untuk menutup balik liang roma yang terbuka dan buat wajah kita lebih rasa bersih dan segar. Jadi, kenal pasti akan kesan yang anda inginkan dan gunakanlah suhu air yang bersesuaian dengan kulit muka dan pencuci muka anda.

Sambil mencuci muka, lakukan urutan membulat tau. Pasti akan lebih segar, dan bersih rasa kulit muka anda!

Toner dan essence adalah formulasi yang selalunya ringan dan cair. Bagi menyediakan kulit untuk menerima nutrien dan kebaikan daripada produk seterusnya, penggunaan toner atau essence adalah sangat penting. Penggunaan toner atau essence ke atas kulit muka selepas mencuci muka adalah terbukti lebih berkesan kerana sel-sel kulit akan jadi lebih mudah untuk menyerap nutrien produk yang akan diletakkan pada kulit anda seterusnya menjadikan kulit anda lebih segar dan cantik.

Penggunaan Toner juga adalah untuk mengecilkan pori-pori kulit wajah. HALEA refreshing Toner juga diperkaya dengan ekstrak Swiss Garden Cress Sprout yang berupaya mencerahkan kulit.

Serum adalah produk yang sangat penting dalam proses penjagaan kulit. Kebanyakan produk dalam kategori ini adalah seperti serum, eye cream, spot treatments, vitamin C, iaitu formulasi-formulasi yang mempunyai nutrien dan antioksidan berkepekatan tinggi. Biasanya, serum mempunyai saiz yang kecil seperti HALEA Anti-aging Serum yang mempunyai molekul bersaiz nano bagi membolehkan kebaikan yang ada di dalam serum untuk sampai kepada sel-sel yang memerlukan nutrien. Jadi, kulit akan semakin berseri dan cantik.

Nak tahu apa yang istimewa mengenai HALEA Anti-aging Serum?

Pelembap (Moisturizer)
Pelembap muka selalunya digunakan di akhir urutan penjagaan kulit muka kerana pelembap selalunya pekat. Kepekatan ini adalah untuk memastikan kebolehan pelembap menjalankan fungsinya sebagai pengunci kelembapan dan segala nutrien yang kita salurkan kepada sel-sel kulit.

Secara umumnya, urutan penggunaan produk penjagaan kulit bermula dengan kepekatan yang paling cair sehingga yang paling pekat. Yang cair untuk menyediakan kulit menerima nutrient, yang berkepekatan tinggi (concentrate) untuk bekalan nutrient secara tepu dan yang pekat untuk menjadi lapisan pelindung pada bahagian luar.

Semoga tips ini dapat membantu semua yang inginkan kulit sihat dan menawan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.